|
|
| Monday, 1-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
[b]Rahsia Cinta Lelaki...!!!!! [/b]
|
 |
|
Stavanger,Norway 2005
|
|
 |
|
Stavanger,Norway 2005
|
|
 |
|
Stavanger,Norway 2005
|
|
 |
|
Stavanger,Norway 2005
|
|
 |
|
Stavanger,Norway 2005
|
|
 |
|
Stavanger,Norway 2005
|
|
 |
|
Stavanger,Norway 2005
|
|
 |
|
Stavanger,Norway 2005
|
|
 |
|
Stavanger,Norway 2005
|
| | View all 24 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 27-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
[b]Rahsia Telefon Bimbit [/b]
|
 |
|
Stavanger, Norway
|
|
 |
|
Stavanger, Norway
|
|
 |
|
Stavanger Norway
|
|
 |
|
Summer i stavanger
|
|
 |
|
Sentrum Stavanger
|
|
 |
|
ini yang tak tahu kat mana.
|
|
|
Satu informasi yang berguna untuk pemilik talipon-talipon bimbit yang mahal- mahal, jika ianya dicuri atau hilang. Tahukah anda ada cara-cara untuk kita dapatkan serial no. unik ataupun lebih dikenali sebagai emei no. talipon bimbit kita? Kerana setiap talipon bimbit mempunyai email no. yang berlainan. (ialah macam kita, ada kad pengenalan). Untuk melihat emei no. talipon bimbit anda, buatlah
saperti berikut; Tekan butang  ( * # 0 6 # ) Kod talipon dengan 15 nombor unik akan muncul pada skrin talipon bimbit anda. Inilah emei no. talipon anda. Catitkan nombor ini di-sekeping kertas untuk anda
simpan di tempat yang selamat. Sekiranya talipon anda hilang. Taliponlah service provider anda dan
berikan mereka kod emei no. anda itu. Mereka akan kemudiannya 'Block' talipon bimbit anda itu supaya ianya tidak lagi boleh digunakan oleh sesiapa sekalipun walaupun 'Sim Card'baru digunakan.
Memanglah mustahil talipon yang hilang atau dicuri tu akan dikembalikan sekalipun kita buat laporan pada polis ataupun phone provider  . Tapi sekurang- kurangnya kita akan rasa puas hati jika talipon
bimbit kita tu tak boleh langsung digunakan oleh si-pencuri itu
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Feb-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Feb-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
<b>PUNCA SEGALA KEJAHATAN</b>
|
|
|
"Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Uthman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Uthman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.<br><br>
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Uthman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Ahli Ibadah itu telah dijemput ke rumah wanita tersebut. Di dalam rumah wanita itu terdapat seorang kanak-kanak lelaki/khadam.<br><br>
Setibanya di rumah wanita tersebut, wanita itu telah menguncikan pintu dan menyuruh ahli ibadat itu memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh kanak-kanak lelaki. Beliau enggan. Namun setelah diugut wanita berkenaan yang beliau akan mengadu kepada orang ramai bahawa dia telah memasuki rumahnya untuk berbuat jahat, lelaki itu menurut saja. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh kanak-kanak yang melihat perlakuan mereka berdua kerana dibimbangi rahsianya terbongkar.<br><br>
"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir hayatnya, ia akan kekal di neraka.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Feb-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
[b] BILA AL-QURAN MULA BERBICARA[/b]
|
|
|
"Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras
setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin Aku bahan bacaan yang tidak
menambah
pengetahuanmu
Atau, menurutmu Aku hanya untuk anak kecil yang
belajar mengaji...
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang-kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau
dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan
syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam
kesendirian,
kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan
Dulu... pagi-pagi... surah-surah yang ada padaku
engkau baca
beberapa
halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama
temanmu di
surau...
Sekarang... seawal pagi sambil minum kopi... engkau
baca surat
khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari
Allah
Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca
pembuka
surah-surahku (Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik
duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat
di dalam
keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen
radio
kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum
kau mulai
kerja
Di komputermu pun kau putar muzik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar
hampir
melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam
di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..
Aku semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku
kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat
tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong
kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku
menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya...
kubur yang setia menunggumu...
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti...
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali. bacalah aku kembali setiap
hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...
Letakkan Aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku...
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau
secebis ayat
Seperti dulu... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampung halamanmu yang damai
Jangan Aku engkau biarkan sendiri...
Dalam bisu dan sepi...
Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
Semoga bermanfaat.
" "
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Feb-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
[b] Bahaya Ketagih SMS. [/b]
|
|
|
SEORANG bapa pernah meluahkan masalahnya kepada Childalert iaitu kumpulan sokongan keibubapaan dan keselamatan kanak-kanak di luar negara, berhubung `tabiat' luar biasa anak gadisnya.
Menurut lelaki tersebut, anak perempuannya yang berusia 16 tahun pernah membelanjakan sebanyak RM140 (20 pound) seminggu termasuk belanja makan.
Rupa-rupanya, wang tersebut dibelanjakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada rakan-rakannya.
Klik Read More.. untuk seterusnya.
Sebahagian besar guru di Britain, mula merungut apabila budaya sms ini telah merosakkan penggunaan tatabahasa bahasa Inggeris yang betul.
Seorang guru amat terkejut apabila salah seorang pelajar perempuan menyiapkan kerja rumahnya menggunakan `bahasa sms'. Bahasa yang menggunakan perkataan-perkataan pendek dan ringkas.
Hinggakan, gurunya langsung tidak memahami apa yang hendak disampaikan oleh pelajar tersebut.
Pensyarah Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din turut berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang kaunselor.
Menurut beliau, seorang lelaki tanpa disedari, telah membelanjakan lebih RM2,000 hanya untuk menghantar sms pada salah satu program televisyen realiti yang diminatinya.
Walaupun menyedari kos menghantar sms ini sekali ganda daripada gaji bulanan, tetapi dia sanggup `berhabis' dengan mengeluarkan wang simpanannya.
Peringkat awal, lelaki terbabit tidak begitu merasai keperitan kehabisan wang. Tetapi, apabila bil telefon mencecah hingga ribuan ringgit, dia mula terasa bebannya.
``Kepada mereka yang ketagih sms ini, walaupun mindanya menyedari kesan negatif tingkah laku tersebut, namun naluri hati sering kali membisikkan kata-kata sekadar untuk menyedapkan hati.
``Hati akan menyatakan, menghabiskan wang sebanyak itu sebagai bukan satu kesalahan, kerana duit boleh dicari. Itulah yang menyebabkan individu ini meneruskan tingkah laku tersebut,'' jelas beliau.
Dalam hal ini, Mohamed Fadzil mempersoalkan kewajaran menghabiskan wang ribuan ringgit yang diusahakan bertahun-tahun. Tetapi, hanya kerana ketagihan, wang tersebut dihabiskan dengan cara yang tidak bijak.
Ketagihan sms, diertikan sebagai satu pola tingkah laku yang menzahirkan pergantungan manusia untuk cenderung menghantar sms.
Ia menggabungkan elemen mental, emosi dan tingkah laku yang berlaku sama ada seseorang itu sedar atau sebaliknya.
Walaupun individu yang ketagih ini sering berperang antara tuntutan minda dan desakan naluri, tetapi dalam banyak keadaan, naluri berjaya menguasai diri.
``Ini kerana, naluri telah wujud sejak dari awal lagi manusia itu dilahirkan. Antaranya, untuk hidup manusia mempunyai naluri untuk makan, minum, membuang air kecil, besar dan sebagainya,'' ujarnya.
Sebaliknya, faktor nilai atau mental, hanya mula `beroperasi', apabila seseorang itu berusia dua tahun ke atas.
Naluri, amat sukar dikikis kerana minda tidak begitu kuat untuk memilih atau membuat keputusan antara yang baik dan buruk.
``Dalam hal ini, minda seolah-olah hanya menjadi `pemerhati' saja terhadap desakan naluri, tetapi tidak berdaya untuk melawan,'' jelas beliau.
CNETAsia, melaporkan 57 warga Britain yang sebahagian besarnya berusia kurang 16 tahun terpaksa diberi rawatan di sebuah klinik eksklusif kerana ketagihan sms.
Kesemua pesakit ini mengalami perasaan kompulsif. Mereka akan memeriksa SMS setiap beberapa saat dan menghantar mesej baru dengan kerap.
Menurut Ketua Jabatan Ketagihan, Klinik Priory, Dr. Mark Collins, sesetengah pesakit menghabiskan masa selama tujuh jam sehari semata-mata untuk menghantar sms. Kesannya, mereka mengalami kecederaan berulang pada ibu jari akibat kerap menghantar sms.
Apa yang lebih membimbangkan, ia membahayakan kesihatan dan emosi.
Jenis tingkah laku ketagihan
* Operan
Individu terbabit cuba membayangkan perkara-perkara yang positif mengenai sesuatu yang disukainya. Ia dilakukan bagi merangsang minda untuk terus menghantar sms. Contohnya, mengundi seseorang melalui sms.
* Klasik
Ada rangsangan dan menerima gerak balas sms. Contohnya, sms yang dihantar kepada rakan-rakan.
Tingkah laku ketagihan sms ini juga ada kaitannya dengan faktor:
* Pemikiran
Sesuatu yang telah tertanam dalam fikiran. Seseorang itu cuba merasionalkan dan mencari alasan `menghalalkan' tingkah lakunya.
* Helah diri
Melarikan diri daripada masalah yang dihadapi.
Kesan ketagihan SMS
* Sanggup berbelanja banyak tanpa disedari
* Hilang tumpuan pada rutin
Jika dia seorang pelajar, maka pelajarannya akan terganggu, begitu juga jika dia seorang pekerja. Pekerja, tidak mendengar arahan daripada ketuanya.
* Kurang berkomunikasi dengan orang lain kerana perhatiannya tertumpu pada sms
* Tidur terganggu - ada yang sanggup bangun pada tengah malam apabila mendengar bunyi sms.
Dari sudut emosi individu terbabit berisiko mengalami:
Kemurungan, bimbang, cepat marah, mudah melenting atau resah gelisah - jika tidak menerima sms
Merawat ketagihan SMS
Sebelum merawat mereka yang ketagih sms ini, mereka perlu dilihat dari tiga aspek:
* Biologi
Mereka yang tergolong dalam kelompok ini, adalah paling serius. Mereka tidak boleh hidup tanpa sms dan pantang mendengar bunyi sms.
Golongan ini, sanggup berhabis-habisan, tidak makan, atau melakukan apa saja, asalkan dapat bersms. Kumpulan ini memerlukan rawatan.
Kepada mereka yang tergolong dalam kategori biologi, mereka memerlukan rawatan pakar psikiatri dan ubat-ubatan.
Bagaimanapun, golongan ini biasanya tidak sedar bahawa mereka ketagih.
* Psikologi
Ada kalanya, mereka sedar dan sebaliknya. Kategori ini agak mengganggu.
* Sosial
Biasanya, kelompok ini tergolong dalam mereka yang normal, kerana mereka bersms sebagai satu norma dalam masyarakat.
Ketahui kategori anda
* Cyborg
Mereka yang benar-benar ketagih. Tidak pernah menutup telefon bimbit atau berada kira-kira pada jarak tidak lebih enam kaki.
Mudah mengalami kemurungan dan keresahan jika kurang mendapat panggilan.
Menggunakan nada dering telefon paling kuat, supaya dia tidak terlepas sebarang panggilan.
* Prostetik
Ketagih, tetapi masih boleh hidup tanpanya. Boleh berubah menjadi cyborg. Menutup telefon pada waktu malam dan tidak begitu kerap menghantar sms.
* M-ager
Kanak-kanak berusia antara 10 hingga 14 tahun yang dibesarkan dengan telefon bimbit sebagai simbol status.
Memiliki jenama telefon terkini, tetapi jarang membuat panggilan. Lebih gemar bermain permainan, mengambil gambar dan muat turun nada dering.
* Ketagih tetapi tidak terikat
Tahu memanfaatkan telefon tetapi jarang menggunakannya. Sering menutupnya pada waktu malam.
* Hipokrit
Kelompok baru ini memang ketagih, tetapi tidak mengakuinya. Akibatnya, 30 peratus daripada mereka terpaksa membayar bil yang tinggi.
APA ITU SMS?
Ia merupakan satu bentuk komunikasi yang murah, cepat dan menyeronokkan untuk menghantar dan menerima mesej melalui telefon bimbit.
Tulisan yang tertera pada skrin telefon bimbit ini menyamai huruf-huruf yang terdapat pada papan kekunci komputer.
SMS pertama, dihantar buat julung kalinya pada Disember, 1992. Ia dihantar daripada komputer ke telefon bimbit.
Sejak diperkenalkan sembilan tahun lalu, mesej teks ini mendapat sambutan menggalakkan. Secara tidak langsung, ia menjadi sebahagian daripada kehidupan setiap daripada kita.
Hari ini, SMS dipercayai sebagai salah satu bentuk komunikasi paling dominan. Dianggarkan, kira-kira satu bilion mesej teks dihantar setiap hari di seluruh dunia.
Apa yang menarik, waktu kemuncak SMS dihantar antara pukul 10.30 hingga 11 malam
Ada banyak faktor mengapa SMS menjadi salah satu komunikasi paling popular antaranya untuk:
* Bersosial
* Tempoh membalas yang lebih fleksibel
* Penglibatan penonton
* Hiburan
* Pengiklanan
* Perniagaan
* SMS per*****a
* Melegakan kebosanan
* Membuat sebarang pembayaran.
Petikan Dari : www.Utusan.com.my
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Feb-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
[b]TIPS PENJAGAAN KOMPUTER ANDA.[/b]
|
|
TIPS PENJAGAAN KOMPUTER ANDA.
Assalamualaikum...Hari ni saya nak cerita tentang penjagaan komputer.Bagi user yg dah lama dan expert perkara ini mungkin dah biasa.Tapi bagi user baru perkara ini mungkin asing bagi mereka.Ada juga user yg lama masih tidak tahu tentang penjagaan komputer dengan betul. Adakalanya jika kita mengabaikan semua kepentingan ini,mungkin kita akan bersama dalam dengan tempoh yang singkat dengan komputer kesayangan kita itu.Jadi sebagai langkah terbaik sekurang-kurangnya kita tentang proses penjagaannya.Walaupun ada yang tidak langsung pandai membaik pulih sendiri komputer. Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang penjagaan komputer sila baca hingga habis pages ini.
KEPENTINGAN MENJAGA KOMPUTER
Penerangan:
-Komputer amat perlu diselenggara kerana
komputer amat sensitif kepada suhu, kelembapan,
debu dan sebagainya.
Kepentingan selenggara:
-Menjimatkan kos
-Mengurangkan kerosakan
-Memanjangkan usia sistem komputer
PETUA MENJAGA KOMPUTER
-Jangan ON dan OFF komputer terlalu kerap .
-Elakkan getaran meja kerana kebanyakan .
komponen elektronik amat mudah rosak.
-Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap.
-Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer. Minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.
-Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .
-Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
-Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk kemotherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.
-Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
-Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.
-Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.
-Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
-Gunakan AVR - Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. Ada ketikanya terkurang/terlebih voltage. Kalau ada kilat dan terlupa mencabut palam dan jika nasib baik *****a avr yang rosak bukannya komputer.
-Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.
-Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.
-Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
-Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.
TIPS SEMASA KILAT / KELUAR RUMAH
Tips ini lebih merujuk untuk rumah kediaman yang tidak mempunyai "pengalir kilat" iaitu satu kepingan tembaga tebal dari atas bumbung terus kedalam tanah. Ambil perhatian juga bahawa sekali "surge protector" terkena kilat yang kuat ianya sudah tidak boleh digunakan lagi.
-Jadikan kebiasaan mencabut plug telefon dari modem dan soket kuasa dari komputer jika keluar rumah.
-Jangan gunakan komputer masa da petir dan kilat. Ada kes monitor dan modem dan motherboard hangus kena kilat.
-Cabut palam dari plug kuasa dan talian telefon dari modem masa ada kilat / petir atau jika anda keluar meninggalkan rumah. Tidak semestinya kawasan anda yang ada kilat tapi kalau dengar 'vvrooommm' di kawasan berhampiran pun voltaj dari kilat masuk kerumah anda melalui talian elektrik dan telefon. Ini juga meliputi telefon tanpa penstabil wayar (cordless phone).
-Modem adalah sangat sensitif kepada arus elektrik. Data-data yang dihantar dalam modem adalah dalam bentuk arus letrik. Talian telefon yang halus itu sahaja mengalirkan tenaga elektrik setinggi 90volt DC. Sedikit sahaja terkena kilat menyebabkan chipset yang memproses data akan hancur.
Jika Komputer Terkena Kilat?
Hujan, kilat dan petir sudah pun berlalu. Anda pun menghidupkan komputer, malangnya tiada apa-apa berlaku. Hmmm..mungkin tiada letrik agaknya. Tapi lampu rumah hidup? komputer anda sudah menjadi mangsa kilat.
Apa yang harus anda buat?
*Mula-mula hidu samada ada bau hangus atau tidak.
-kalau ada cari saja puncanya
-kalau tiada hidupkan komputer
*Pastikan kipas pada power supply berpusing.
-kalau tak pusing ertinya power supply sudah rosak
-kalau pusing tengok komputer dan monitor hidup atau tidak
*Kalau komputer tersebut masih baru atau dalam jaminan bawa saja kepenjual komputer tersebut.
*Jika ingin membaiki sendiri:
-Cium jika ada bau hangus dan pastikan puncanya
-Periksa unit power supply-check voltage.
-Periksa motherboard jika ada cip yang hangus.
p/s: Anda yang boleh membaiki sendiri CPU anda.Tapi tidak monitor.Ini kerana monitor mengandungi berjuta-juta cas elektrik walaupun tidak disambung kepunca elektrik.Jika silap langkah anda mungkin mati terkena kejutan elektrik.Jadi kalau monitor anda rosak,hantar ke mekanik yang mahir atau lebih baik beli lain.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Jan-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
[b]Di Ambang Sakaratul Maut[/b]
|
|
|
Di Ambang Sakaratul Maut
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti
mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu
mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang
memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu
aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa
orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat
dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita
sungguh.nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap
sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu di bisikkan ke telingaku di
sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan
daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam
mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana
degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu
suara abang.Mungkin abang baru sampai.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu
usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah?datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....
Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku
tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara
itu?Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau
lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara
doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis
saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu
berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu
itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang.Sedetik
lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin
tegang dan demakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat
apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya
sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di
pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh
kesah.Keluhan dan rintihan
"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,"Nenek...........".
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau
cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah
dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani .Itulah
agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau
berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu di
ajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah
menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".
manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung
hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang
sinaran kuning.Cahaya merah datang
"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung
rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah
malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku
tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi
rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat
busuk.
"Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari
ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat
orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang
tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah
apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat
nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku
rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik
ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini
mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat
kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan
keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu
makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala
nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas
kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu
semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang
aku harus lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat
kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba
badanku di sirami air.Air apa ini?????
"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan
tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam
ini?Tolong rimas....panas........".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok
imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang
pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku
sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan
tahiyyat.
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku
di usung setapak demi setapak".
"Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".
Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan
jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang
itu.
"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong
keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang sedalam
enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan
kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar
alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu
jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca
talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan
terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi
sedikit pasir dan tanah yang di lemparkanke atasku.Terasa semakin gelap dan
.......aku kini keseorangan.
"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!Aaaaaaaaa!!!!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Jan-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Jan-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mencari Sumbangan buat Korban Tsunami dan Gempa di Acheh
|
|
|
Satu kisah benar
Assalamualaikum,
Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.
Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.
Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.
Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun Din dan kawannya telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.
Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.
Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.
Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik.
Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita?
Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita.
Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian?
Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku? Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.
Wallahu'alam.
Sekian.
Sebenarnya ada seperkara lagi, apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yang masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya.Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka meninggal dunia. Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara hubungan baik dengan saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya. Kalau kita buat perkara-perkara yang melanggar syarak pun ibubapa kita juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita.
Jadi siapa yang ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepas sembahyang dan selalulah berzikir untuk mereka. Petikan ini diterima dari seorang sahabat... renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya.
Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya. Sajaknya berbunyi begini.
INILAH MASANYA
JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERANA KITA DIBATASI KELEMAHAN
OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku.
Sekarang baru aku terpikir ... ... ... ... pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ?
Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.
Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku... .insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan.Renungkanlah dan fikir fikirkanlah!!!!!... ..pernah kita bertindak sedemikian ?? pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu ?? andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat. Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ... . mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu... ..
Sabda Rasulluh S.A.W :
"Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua pula".
Kata-kata orang yahudi yang telah ditranslatekan :
"Kami (orang yahudi) tidak takut kepada orang Islam kecuali orang Muslim yang menunaikan solat Subuh di Masjid sama ramainya dengan orang Muslim yang menunaikan solat Jumaat".
Wassalam.
|
|
|
|
|