|
|
| Tuesday, 21-Dec-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fest ngan Member
|
|
"Apa ada pada jari anda.....apa rahsia jari anda...apa guna jari anda...?????????????''
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yg kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.
4. Then tenggok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la degan usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga degan cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yang stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sebelum
ni.
Macam tu jugak degan kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya degan idea bernas & a great mind.
7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang"
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Dec-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
"Hati Dan Perasaan "
|
|
"Hati Dan Perasaan"
Hati Dan Perasaan
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup
itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun
dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di
dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah `ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk
mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia
terus mekar di dalam hati anda . Ia *****a mengambil masa seminit untuk
jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu
hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang
hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find
a special person, and hour to appreciate them, but then an entire
life to forget them).
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu .
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut .
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia *****a
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan
diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan
anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa
saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang
terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan (.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum . Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis (.
" [b][/b]
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Aug-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Cinta di sini bermaksud, cinta kepada Allah, isteri, kekasih dan sahabat.
1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
2. Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.
3. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
4. Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan uang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.
5. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
6. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
7. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
8. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
9. Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.
10. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
11. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
12. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia itu.
13. Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
14. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
15. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika dan masih tetap perduli padanya.
16. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.
17. Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.
18. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
19. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
20. Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
21. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kami masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
22. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.
23. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
24. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang-orang di sekelilingmu menangis.
"
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 10-Aug-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Tentu diantara kita sudah biasa dengan soalan-soalan ramalan cinta.Banyak soalan-soalan ramalan cinta boleh didadapti didalam majalah-majalah dan sebagainya. so sebagai tidak menghampakan peminat-peminat soalan ramalan cinta, saya petik 5 soalan ramalan cinta yang diforwardkan oleh seorang teman kepada saya..so jangan berlengah lagi klik cepat untuk menjawab soalan ramalan cinta itu dan lihat adakah jawapannya sama dengan persamaan cinta korang ngan sidia. Jom sama-sama check..klik Baca Lagi untuk soalan ramalan cinta anda..
Anda dan dia dalam bercinta,
1) Anda sedang berjalan ke rumah pasangan anda. Terdapat dua jalan yang akan membawa anda ke sana.
a)Jalan pertama ialah jalan singkat tetapi jalan itu sangat membosankan kerana tiada pemandangan yang cantik.
b)Jalan pertama ialah jalan yang jauh tetapi penuh dengan pemandangan yang sangat mengasyikkan.
2) Di dalam perjalanan anda kerumah pasangan anda, anda terjumpa rimbunan pohon bunga ros, sepohon bunga rosmerah dan sepohon lagi bunga ros putih. Anda mengambil keputusan untuk memetik 20 batang bunga ros untuk pasangan anda. Anda boleh pilih untuk:
a)Kimbinasikan warna merah dan putih (pastikan berapa bilangan ros merah dan ros putih yang anda inginkan)
b)Kesemua dalam satu warna (nyatakan ros warna apa)
3) Akhirnya anda sampai ke rumah pasangan anda. Anda mnegetuk pintu dan ahli keluarga pasangan anda membukanya. Anda akan:
a)Meminta ahli keluarga pasangan anda memanggilkan pasangan anda.
b)Mendapatkan sendiri pasangan anda.
4) Sekarang, anda masuk ke rumah pasangan anda tetapi pasangan anda tiada di rumah. Anda ingin meninggalkan jambangan ros tersebut kepada pasangan anda. Di manakah anda akan tinggalkan jambangan tersebut?
a)Di atas katil pasangan anda
b)Di tepi tingkap bilik pasangan anda.
5) Kemudian tiba masa untuk tidur. Anda dan pasangan anda tidur di bilik yang berasingan. Apabila anda bangun pada keesokan harinya danpergi ke bilik pasangan anda untuk melihat sidia, adakah sidia:
a)Sedang tidur.
b)Telah terjaga
6) Anda perlu pulang ke rumah sekarang dan anda harus memilih jalan sekali lagi. Anda boleh pilih:
a)Jalan yang singkat tetapi membosankankan.
b)Jalan yang jauh tetapi ada pemandangan yang cantik.
Jawapan.
1) Jalan itu mewakili sifat anda dalam jatuh cinta. Jika anda memilih jalan yang singkat, anda adalah seorang yang mudah untuk jatuh cinta. Tetapi jika anda memilih jalan yang jauh, anda seorang yang mengambil masa untuk mengenali pasangan anda dan tak mudah jatuh cinta.
2) Bilangan bunga ros mewakili peratus apa yang anda ingin beri kepada pasangan anda serta apa yang anda harapkan. Ros merah bermaksud apa yang anda berikan manakala ros putih bermaksud apa yang anda harapkan. Contohnya anda memilih 10 ros merah dan 10 ros putih, ini bermaksud, anda memberikan 50% dalam perhubungan dan mengharapkan 50% juga dalam perhubungan.
3) Soalan ini menunjukkan cara anda dalam menangani masalah perhubungan. Jika anda meminta ahli keluarga pasangan anda memanggil pasangan anda, anda seorang yang sering mahu lari dari masalah. Jika anda mendapatkan pasangan anda sendiri, anda seorang yang suka menyelesaikan masalah anda sendiri.
4) Tempat anda meletakkan jambangan bunga yang anda bawa menunjukkan betapa kerap anda ingin bertemu dengan pasangan anda. Jika anda meletakkan jambangan tersebut di atas katil, ini bermaksud anda ingin selalu berjumpa dengan pasangan anda. Tetapi jika anda meletakkan jambangan tersebut di tepi tingkap, ini bermakna anda tidak kisah jika tidak bertemu dengan pasangan anda selalu.
5) Ketika anda masuk ke bilik pasangan anda untuk melihat pasangan anda, anda mendapati pasangan anda sedang tidur, ini bermakna anda menerima pasangan anda seadanya. Tetapi jika anda mendapati pasangan anda telah terjaga, anda mahu si dia berubah demi anda.
6) Jalan singkat dan jalan jauh sekarang ini mewakili jangkamasa anda setia dalam bercinta. Jika anda memilih jalan singkat, anda adalah seorang yang mudah hilang perasaan cinta. Tetapi jika anda memilih jalan yang jauh, anda seorang yang setia dalam cinta dalam jangkamasa yang lama.
Petikan Dari Forward Email. "
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 31-Jul-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
PENDAHULUAN
Menulis kembali sejarah dengan disiplin ilmu yang lebih berjiwa Islam adalah tuntutan semasa yang perlu dipenuhi. Seluruh individu manusia akur bahawa pengolahan sejarah itu sebenarnya memainkan peranan yang penting di dalam usaha menentukan hala tuju sebuah tamadun. Sejarah Malaysia adalah di antara lembaran Tarikh yang berhajatkan kepada usaha seperti ini. Setakat ini kita masih belum mampu mengolah sejarah negara kita sehingga ia berpotensi menjadi wadah kebangkitan ummah.
Membahas persoalan bagaimana hubungan Alam Melayu dan Turki itu terbentuk adalah salah satu daripada marhalah penting ke arah yang telah disebutkan sebentar tadi. Kedua-dua alam ini sebenarnya membentuk satu pertiga dari komuniti umat Islam dan sebarang catatan yang membabitkan isu ini mesti diolah dengan disiplin akademik yang sihat.
Penulis semasa di Perpustakaan Yildiz, Istanbul
Di sana terdapat beberapa tulisan yang telah menyentuh tajuk ini sama ada secara langsung atau pun sebaliknya. Mungkin kita boleh meluangkan sedikit masa meneliti tulisan Snouck Hurgronje, Anthony Reid, Za’ba, Mehmet Ozay dan beberapa tulisan lain yang diusahakan oleh pengkaji sejarah Malaysia dan Indonesia. Namun begitu, setakat yang dilihat tulisan-tulisan berkenaan kurang memberikan penekanan terhadap Islam dan peranan yang dimainkannya di dalam isu berkenaan. Ia lebih menjurus ke arah mencatat perjalanan politik tempatan (berdasarkan ideologi penulis itu sendiri) dan ada kalanya bercampur aduk dengan fakta-fakta melampau yang diragui kesahihannya.
Walau bagaimanapun, penulis tidak dapat menjanjikan sesuatu yang baru dan luar biasa menerusi artikel ini kerana beberapa masalah. Antaranya seperti yang biasa dihadapi oleh mereka yang cuba mengkaji sejarah Daulah Othmaniah, kita terpaksa berhadapan dengan sumber-sumber asli berbentuk manuskrip, akhbar-akhbar dan karangan yang belum disaring antara yang sahih dan sebaliknya. Keduanya, artikel ini ditulis jauh dari pusat di mana sumber-sumber asli itu boleh dperolehi. Kebanyakan masdar yang berkaitan terdapat di beberapa buah perpustakaan di London, Perpustakaan Kongres di Washington dan pusat terdekat yang sempat dilawati hanyalah Perpustakaan IRCICA di Istana Yildiz, Istanbul. Banyak cacatan adalah berpandukan kepada buku Islamic Identity And Development: Studies of the Islamic Periphery oleh Mehmet Ozay (1992, ISBN 0-415-04386-7). Akan tetapi, dengan berpandukan rujukan oleh beliau, penulis cuba mendapatkan sendiri bahan-bahan berkenaan bagi memperkembangkan lagi tajuk untuk memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang kurang disentuh oleh Mehmet Ozay. Oleh yang demikian, penulis berharap agar artikel ini dipandang sebagai pengenalan dan kemudiannya menggalakkan pembaca mengkaji sendiri secara lebih ilmi dan berakademik.
TURKI – MENGENAL PASTI IDENTITINYA
Menentukan siapakah yang dimaksudkan dengan bangsa Turki itu bukanlah satu perkara yang mudah. Namun begitu secara ringkasnya bolehlah kita catatkan seperti berikut:
Bangsa Turki merujuk kepada sekumpulan kaum Nomad yang menghuni Gunung Altai di Utara Mongolia dan dataran Asia Tengah. Mereka bertutur di dalam Bahasa Turki yang berasal dari rumpun Bahasa Ural-Altaic yang menjangkau bilangan lebih daripada 200 juta orang penutur pada hari ini. Bangsa Turki kini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu Turki Timur dan Turki Barat[1]. Turki Timur meliputi kaum Turki dan pecahan-pecahannya di China, Asia Tengah, Iran dan bangsa Caucas Rusia. Manakala Turki Barat pula terdiri daripada penduduk Republik Turki hari ini, di Balkan dan sekumpulan kecil penduduk Cyprus.
MENYUSUN AGENDA PERBINCANGAN
Hubungan antara kedua-dua alam ini telah pun bermula semenjak kurun ke 13M. Ia terus berlangsung sehinggalah ke era Perang Dunia Pertama dan seterusnya memainkan peranan yang tersendiri di dalam design politik Malaysia yang akan dibincangkan kemudian[2]. Oleh yang demikian, kita akan membahagikan peringkat kelangsungan hubungan ini kepada tiga marhalah utama iaitu hubungan klasik awal, era Perang Dunia Pertama dan seterusnya zaman berakhirnya Khilafah Othmaniah dan pembentukan Republik Turki oleh Ataturk.
PERINGKAT PERTAMA – HUBUNGAN KLASIK AWAL
Ramai pengkaji sejarah cuba mengemukakan beberapa teori ke arah membuktikan bagaimana Islam itu sampai ke Kepulauan Melayu. Di antara teori yang masyhur adalah Teori Pedagang Arab yang dikemukakan oleh Snouck Hurgronje. Beliau menceritakan bagaimana askar Belanda telah memasuki wilayah Pasai dan menjumpai batu nesan bertulis Arab yang terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran dan nama tokoh cendiakawan dari Sumatera Pasai. Antaranya ialah[3]:
i.Nesan Pangeran Abbasiah Abdullah bin Muhammad bin Abd al-Kadir bin Abdul Aziz bin al-Mansur Abu Ja’far al-Abbasi al-Muntasir Billah - Amir al-Mu’minin Khalifah Rabbal ‘Alamin – mangkat Disember 1407.
ii.Mangkat 1408, Ibn as-Sultan Zain al-Abidin bin as-Sultan Ahmad bin as-Sultan Muhammad bin Salih. Beliau merujuk kepada asal usul kewujudan beberapa perkampungan Arab di Indonesia yang membuktikan perkara yang sama.
Namun demikian, teori tersebut tidak mampu memberikan keyakinan yang penuh kepada kita apabila persoalan bagaimana Islam itu tiba, siapakah pendakwah itu, dan seterusnya bagaimana Islam itu mampu kekal, tersebar dan menjadi darah daging masyarakat Kepulauan Melayu khususnya penduduk kawasan persisiran pantai – dibangkitkan. Selepas penguasaan Portugis di Melaka pada tahun 1511, Kristian menemui kegagalan untuk bersaing dengan Islam sedangkan jika kita berpegang kepada teori Snouck Hurgronje tadi, sepatutnya Kristian mampu mengambil tempat Islam bahkan usaha mereka lebih tersusun dan bertanzim. Apatah lagi, kita meyakini bahawa kedatangan Portugis dan Belanda ke Kepulauan Melayu bukanlah semata-mata didorong oleh keinginan mereka menguasai pasaran rempah bahkan lebih daripada itu melangsungkan misi Kristianisasi dan membawa panji Perang Salib ke rantau tersebut[4].
Kajian semasa yang dibuat oleh pengkaji barat menyimpulkan bahawa gerakan Kristianisasi menemui kegagalan kerana mubaligh mereka menggunakan kekerasan dan paksaan sedangkan pendakwah Islam terus beriltizam dengan uslub yang berhemah melalui dakwah dan hubungan sosial yang sihat[5].
Gerakan Dakwah Islamiah di Asia Tenggara mencapai kemuncaknya pada kurun ke-13M. Pengaruh Islam terus menuju ke Kepulauan Melayu dari Benua Kecil India yang pada masa itu berada di bawah pemerintahan Kerajaan Mogul-Turki. Para Masyaikh dan ahli sufi menjadi tenaga penggerak utama membentuk tarikat, bergaul dengan masyarakat tempatan dan berkahwin campur semata-mata untuk menyebarkan Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam. Ajaran mereka ini berjaya tampil sebagai suatu misi yang menyokong kemajuan, bertoleransi dan seterusnya ‘mempunyai masa depan yang cerah dan boleh diharapkan’ di kalangan rakyat tempatan. Islam juga berjaya membebaskan masyarakat tempatan daripada perhambaan dan pengexploitasian tenaga manusia yang mana menjadi igauan buruk penduduk Kepulauan Melayu pada masa itu.
Berbalik kepada persoalan utama kita tadi, siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Masyaikh dan ahli sufi itu tadi? Di sana terdapat beberapa bukti yang memahamkan kepada kita tentang penglibatan orang Turki dan seterusnya menjawab persoalan itu tadi. Seorang pengkaji sejarah Perancis pada kurun ke-18 telah menyebut:
Thus this religion (i.e. Islam) which has nothing very disgustful in it, establishing itself by degrees in sundry places, and because yet more powerful when some Moors or Arabians, who were raised to the first employments in the court of Cambaya and Guzerat, drew thither a great number of the Asian Turks, called Rumis, some of whom made themselves masters of some ports, as Melique Az, who made a considerable settlement at Din, where he was long time troublesome to the Portuguese. From the continent they passed to the Molucca Island, where they converted their kinds of Tidor and Ternate to their religion.[6]
Orang Rumi yang disebutkan di dalam petikan di atas adalah orang Turki Othmani. Begitu juga, secara tradisinya, Sultan Othmani dikenali di kalangan penduduk Kepulauan Melayu sebagai Raja Rum[7]. Manakala pada tahun 1511, Melaka telah jatuh ke tangan Portugis. Sepanjang kurun ke-16 dan 17, pemerintah Daulah Othmaniah telah beberapa kali cuba menghantar bantuan ketenteraan tetapi gagal.
Kedudukan Acheh sebagai Serambi Mekah dan tumpuan laluan Selat Melaka menggantikan Melaka telah membawanya kepada penglibatan yang lebih besar dengan kuasa pemerintah di Asia Barat. Sultan Ala’ ad-Din Riwayat Shah al-Kahar (1537-71) telah memulakan langkah secara rasmi memohon bantuan ketenteraan daripada Daulah Othmaniah yang pada masa itu berada di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman al-Kanuni. Hal seumpama ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada lambang merah Kerajaan Othmaniah yang digunakan oleh Sultan. Begitu juga dengan meriam Lada Setjupak yang berfungsi sebagai pertahanan kepada kubu dalaman kerajaan Acheh yang diberikan oleh pemerintah Othmaniah melalui Dutanya. Acheh juga menawarkan penghormatan tahunan berupa ufti yang biasa diamalkan di dalam politik serantau Kepulauan Melayu tetapi ditolak oleh pemerintah Othmaniah memandakan kedudukan geografi Acheh yang begitu jauh[8].
Hubungan akrab di antara Acheh dan Daulah Othmaniah telah berperanan mempertahankan kemerdekaannya selama lebih 300 tahun. Setiap kali Eropah cuba mengancam Acheh, maka hubungan antara kedua belah pihak itu tadi kembali hangat dan diperbaharui ‘roh dan semangatnya’. Pada tahun 1850, perlindungan Othmani kepada Acheh ini telah disahkan semula di dalam dua Ferman yang dikeluarkan oleh Sultan Abdul Majid. Akan tetapi ia tidak didedahkan kepada umum sebagaimana yang biasa dibuat mengikut disiplin diplomatik kuasa-kuasa Eropah. Perlindungan Othmani kepada Acheh ketika berhadapan dengan serangan Belanda terakam di dalam 65 catatan di Acheh yang kemudiannya sampai kepada catatan wakil Belanda di Istanbul pada tahun 1869. Berita ini mendesak pemerintah Belanda supaya memberikan tumpuan yang lebih serius terhadap segala permasalahan yang timbul khususnya yang membabitkan hubungan Acheh – Othmani[9].
...Pada tahun 1850, perlindungan Othmani kepada Acheh ini telah disahkan semula di dalam dua Ferman yang dikeluarkan oleh Sultan Abdul Majid. Akan tetapi ia tidak didedahkan kepada umum sebagaimana yang biasa dibuat mengikut disiplin diplomatik kuasa-kuasa Eropah...
Ekoran daripada itu, pemerintah Acheh telah menghantar wakilnya Abdul Rahman az-Zahir ke Istanbul bagi mendapatkan bantuan Khalifah. Peribadi Abdul Rahman tercatat di dalam media massa Istanbul pada masa itu yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang dianugerahkan dengan kecerdikan yang luar biasa dan penampilan minda yang mengagumkan[10]. Beliau telah belayar dari Pulau Pinang ke Istanbul bersama Nyak Abas, seorang pengusaha tanaman lada hitam. Bersama mereka adalah surat Sultan Mahmud sebagai bukti terhadap keakraban hubungan Acheh – Istanbul dan mereka tiba di ibu kota Daulah Othmaniah itu pada 27 April 1873.
Sepanjang tahun 1869 – 1873, masalah Acheh menjadi isu utama di dalam polisi luar Daulah Othmaniah. Midhat Pasa telah menjadikan isu Acheh sebagai modal beliau ke arah memperbaiki imejnya yang terjejas ekoran kegagalan beliau melaksanakan tugas sebagai Menteri Utama di dalam kabinet Istanbul. Pada tahun 1568, Acheh telah melancarkan serangan besar-besaran ke Melaka bersama 20 ribu askar yang mana 400 daripadanya adalah orang Turki tetapi terpaksa akur kepada kekuatan pertahanan Portugis lantas sekali lagi menemui kegagalan[11].
Dalam pada itu, media massa di Istanbul terus memainkan peranan menarik perhatian masyarakat tempatan kepada isu Acheh. Basiret, akhbar harian utama di Istanbul pada ketika itu menyeru supaya armada Othmani dihantar ke Sumatera[12]. Walaupun pada masa tersebut pelbagai ikhtiar secara diplomatik diusahakan oleh pemerintah Othmani, kerajaannya sendiri sudah terlalu lemah untuk menyelamatkan Acheh sebagaimana yang dilakukan pada masa-masa sebelumnya.
Akan tetapi, umat Islam di Indonesia dan di Malaysia terus menaruh harapan agar pemerintah Othmani berusaha membebaskan mereka daripada cengkaman pemerintah Belanda dan Inggeris. Sultan Pahang juga pernah cuba membuat hubungan dengan kerajaan Othmaniah dan tidak setakat itu, terdapat juga beberapa usaha menegakkan pemerintahan Islam di Kelantan dan Patani supaya dapat kemudiannya bernaung di bawah pemerintahan Daulah Othmaniah. Mungkin kita boleh menilai catatan yang dibuat oleh ahli kapal Ertugul yang diutus oleh kerajaan Othmaniah ke Jepun pada sekitar tahun 1888-89. Melalui Suez mereka telah singgah di beberapa buah pelabuhan seperti Aden, Bombay, Ceylon, Singapura, Saigon dan Hong Kong. Ahli kapal tersebut telah naik ke darat untuk bersolat Jumaat dan apa yang mengejutkan ialah apabila mereka mendapati nama Sultan Abdul Hamid II disebut di dalam doa Khutbah Jumaat[13]. Raja Selangor pada masa itu juga telah menulis surat untuk diserahkan kepada rombongan berkenaan sebagai usaha baginda mendapatkan bantuan daripada Khalifah Othmani tetapi tidak berjaya apabila rombingan tersebut berlepas lebih awal daripada yang dijadualkan.
PERINGKAT KEDUA – DI AMBANG PERANG DUNIA PERTAMA: PAN-ISLAM DI ALAM MELAYU
Sultan Abdul Hamid II
Pan-Islam adalah rencana Sultan Abdul Hamid II yang membingungkan kuasa barat. Snouck Hurgronje menyifatkan kegiatan Pan-Islam ini sebagai tindakan yang berbahaya tetapi sia-sia[14]. Walau bagaimanapun, impian Sultan Abdul Hamid II menyatukan umat Islam di bawah panji-panji Khilafah Othmaniah ini perlu diulas secara terpeinci kerana ia telah membuka lembaran baru kepada hubungan alam Melayu-Turki bagi marhalah kedua.
Pan-Islam terus menjadi sebab yang mendorong kepada kebimbangan kuasa kolonial Inggeris dan Belanda di Kepulauan Melayu. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, Sultan Othmani dihormati secara tradisi di kalangan umat Islam di Kepulauan Melayu. Sultan Abdul Hamid II yang menjadi harapan terakhir umat Islam dianggap sebagai ‘God’s Shadow On Earth’. Baginda memandang bahawa umat Islam tidak akan mampu berhadapan dengan Barat kecuali mereka bersatu di bawah bendera Khilafah. Lantas baginda telah menghantar ribuan duat ke seluruh dunia di mana adanya umat Islam bagi menyampaikan mesej risalah Pan-Islamnya.
Walau bagaimanapun, gerakan Pan-Islam di Timur Tengah sudah banyak ditulis. Akan tetapi kesan dan pengaruh rencana besar ini terhadap umat Islam di Kepulauan Melayu masih kurang mendapat tempat di gelanggang penulisan sejarah masyarakat kita, atau kurang didedahkan kepada pembacaan umum. Di sana terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku di Malaysia dan Indonesia hasil seruan Sultan Abdul Hamid II tetapi kebanyakannya tersimpan tanpa perhatian... atau disembunyikan atas sebab-sebab yang maklum.
Sebagaimana yang tercatat, Konsul Othmani di Jawa, Sadik Bey cuba mempertahankan hak umat Islam yang dizalimi oleh pemerintah Belanda[15]. Begitu juga Duta pemerintah Othmani di Batavia, Muhammad Kamil Bey (1897-99). Beliau telah banyak melancarkan gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II di Kepulauan Melayu dan sebagai natijah yang sesuai dengan gerakan tersebut, beliau telah diusir oleh Belanda kerana mencetuskan kebangkitan umat Islam di rantau berkenaan[16]. Akan tetapi, kegiatannya itu telah berjaya menarik perhatian umum di Istanbul supaya menyedari tentang ketidak adilan penjajahan kuasa Kolonial di Asia Tenggara. Manakala dari sudut yang lain pula, kegiatannya telah menimbulkan sensitiviti orang Melayu terhadap aliran baru pembaharuan dan nasionalisma yang wujud di Timur Tengah. Semenjak tahun 1897, akhbar-akhbar Istanbul seperti Idkam dan Al-Malumat, Thamarat al-Funun di Beirut dan beberapa akhbar di Mesir mengadakan hubungan kewartawanan dengan Batavia dan Singapura. Pelbagai berita disiarkan di akhbar-akhbar berkenaan menceritakan tentang kekejaman Inggeris dan Belanda di rantau tersebut[17].
Senario ini telah menimbulkan kesan yang nyata kepada pemikiran orang Melayu dan kemudiannya mencetuskan marhalah baru di dalam perkembangan ideologi orang Melayu dengan terbentuknya dua haluan yang dikenali sebagai Kaum Tua dan Kaum Muda[18]. Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915. Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut. Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.
Cubalah kita renungkan bagaimana kedudukan kita di mata Inggeris. Di manakah munasabahnya untuk kita ini dihantar menyertai Revolusi Arab yang sudah mabuk Asabiah itu (walaupun kita akur dengan kecacatan yang tidak sedikit di dalam pemerintahan Khilafah Othmaniah pada akhir zaman penguasaannya)?[19] Kassim Ali Mansoor adalah individu penting yang memainkan peranan di sebalik Dahagi tersebut.
Beliau mengetuai gerakan menentang tindakan cabul Inggeris itu dan kemudiannya dihukum gantung atas tuduhan memiliki satu salinan surat yang telah dihantar kepada anaknya sebagai utusan peribadi kepada Konsul Kehormat Othmani di Rangoon. Inggeris sememangnya bimbang terhadap potensi natijah yang bakal dicetuskan oleh Dahagi ini sehingga mereka tidak pernah menjelaskan sebab sebenar kepada insiden tersebut[20].
PERINGKAT KETIGA – KEJATUHAN KHILAFAH DAN KEMALISMA
Daulah Othmaniah adalah benteng terakhir umat Islam. Sultan Abdul Hamid II pada era pemerintahannya bersendirian di dalam kabinet berhadapn dengan menteri-menteri yang telah kekenyangan dengan teori-teori Barat. Usaha Pan-Islamnya seakan-akan dipersendakan oleh kaca mata Eropah dan menganggapnya sebagai tindak balas The Sick Man of Europe.
Daya tarikan yang mendorong kepada timbulnya perhatian alam Melayu kepada Turki adalah soal Khilafah. Sultan Othmani umumnya diertikan sebagai simbol kepada penyatuan ummah. Pada bacaan politik ketika itu, kuasa dan pengaruh Kerajaan Othmaniah terus bertambah. Walaupun keadaan Daulah Othmaniah pada ketika itu tidak memungkinkannya untuk berhadapan dengan kuasa penjajahan yang mencengkam masyarakat Muslim di Kepulauan Melayu.
Selepas lebih 600 tahun memakmurkan tiga benua dengan Islam, Daulah Othmaniah akhirnya runtuh oleh pertemuan 1001 sebab yang membawa kepada kemusnahannya. Mustafa Kemal Pasha (yang kemudiannya dikenali sebagai Ataturk – Bapa Turki) telah membubarkan Khilafah secara rasmi di Ankara pada bulan April 1924. Pada masa itu, seluruh dunia melahirkan tindak balas yang berbeza antara satu sama lain. Di Kepulauan Melayu sendiri, kesan Revolusi Ataturk lahir di dalam pelbagai bentuk mengikut bacaan masing-masing.
Secara umumnya umat Islam di Malaysia melahirkan rasa simpati mereka terhadap pembubaran Daulah Othmaniah. Bahkan setiap peristiwa yang berturutan ketika itu mendapat perhatian dan simpati umum masyarakat seperti Perang Turki – Rusia pada tahun 1877, Turki – Greece pada tahun 1897, Perang Balkan, Kempen Itali di Libya, Perang Dunia Pertama dan sebagainya. Akhbar-akhbar tempatan, buku-buku dan makalah tentang Perang Kemerdekaan Turki telah diterbitkan dan dibaca secara meluas[21]. Di antara koleksi manuskrip perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), terdapat manuskrip sebanyak 7 keping bertajuk “Hikayat Cerita Sultan Istanbul Tatkala Berperang Dengan Radja Moskou”
...Di Kepulauan Melayu sendiri, kesan Revolusi Ataturk lahir di dalam pelbagai bentuk mengikut bacaan masing-masing...
Mustafa Kemal Ataturk
Kaum Tua di Tanah Melayu menganggap Ataturk sebagai pengkhianat agama. Tetapi dari sudut yang lain, pemikiran dan ideologinya telah dimanfaatkan oleh segolongan yang lain di Alam Melayu. Ramai pemimpin Malaya dan Indonesia seperti Sukarno telah mengkaji gerakan Kemalisma dan dasar reformasi sekularnya lantas mencorakkan kegiatan politik mereka berdasarkan corak Mustafa Kemal Ataturk[22]. Sepanjang tahun 1920an dan 30an, beberapa buah buku di Malaya telah diterbitkan khusus membicarakan tentang Revolusi Ataturk. ‘Turki dan Mustafa Kemal Ataturk’ menceritakan tentang sejarah gerakan reformasi ini. ‘Turki dan Tamaddunnya’ pula mengkaji gerakan ini secara terpeinci. Terdapat juga buku yang menceritakan dalam bentuk biografi khusus tentang Ataturk seperti ‘Kitab Mustafa Kemal’. Begitu juga dengan akhbar-akhbar dan majalah berkala seperti ‘Idaran Zaman’ dan ‘Saudara’ yang memberikan laporan secara meluas tentang Revolusi Kemalisma tersebut[23].
Walau bagaimanapun kita membaca kesan ini dengan kaca mata yang berbeza. Agak menyedihkan apabila fahaman sekular menutup pertimbangan kebanyakan umat Islam ketika itu. Gerakan menentang penjajahan kuasa luar tidak digerakkan secara sihat dan apa yang berlaku hanyalah kemusnahan roh Islam di kalangan umat Islam yang lupa kepada agamanya.
Sebagaimana yang telah disebutkan sebentar tadi, Revolusi Ataturk telah membungakan semangat nasionalisma di kalangan orang Melayu – Turki. Turutan daripada itu, pada tahun 1946, pengaruh ini telah mendorong kepada pembentukan sebuah ‘parti sekular dan progresif’ yang bersifat ala-Turki iaitu UMNO di bawah kepimpinan Dato’ Onn yang juga berketurunan Turki[24].
Peranan yang dimainkan oleh kepimpinan Dato’ Onn di dalam gerakan nasionalisma Malaya telah membuka satu lagi lembaran baru kepada hubungan Melayu – Turki. Seperti yang kita sedia maklum, Sultan-sultan di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang tersendiri dengan Daulah Othmaniah. Akan tetapi, pertalian yang ditunjukkan oleh House of Johore lebih menonjol dan meninggalkan kesan hingga ke hari ini.
Pada pertengahan 1860an, Sultan Abu Bakar dalam rangka lawatannya ke Eropah telah berkesempatan melawat Khalifah di Istanbul. Sebagai tanda ke atas hubungan baik kedua belah pihak, baginda telah dikurniakan dengan seorang Lady in Waiting bernama Rugayyah Hanum, berketurunan Circassian. Sebaik sahaja tiba di Johor, Rugayyah Hanum telah berkahwin dengan Ungku Abdul Majid dan mendapat tiga orang cahaya mata. Salah seorang daripadanya adalah Ungku Abdul Hamid, ayah kepada Ungku Abdul Aziz, bekas Naib Canselor Universiti Malaya.
Selepas kematian Ungku Abdul Majid, Rugayyah Hanum telah berkahwin dengan Dato’ Jaafar, seorang orang kebanyakan dan mendapat anak seramai tujuh orang. Salah seorang daripadanya ialah Dato’ Onn yang mengasaskan UMNO dan anaknya Tun Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Selepas daripada itu, Rugayyah Hanum berkahwin pula dengan seorang ahli perniagaan berketurunan Arab Yaman bernama Abdullah al-Attas dan mendapat seorang cahaya mata bernama Ali al-Attas. Beliau pula mempunyai tiga orang anak lelaki dan salah seorang daripada mereka ialah seorang ahli sosiologi yang terkenal bernama Huseein al-Attas dan adiknya Naquib al-Attas pula adalah juga seorang tokoh yang terkenal di negara kita[25].
KESIMPULAN
Hubungan Alam Melayu – Turki adalah hubungan klasik yang penuh dengan catatan penting jika kita membalikkan bacaan kepada kedudukan Malaysia di dalam persoalan Khilafah dan pengalaman hidup di dalam pemerintahan Islam. Persepsi bahawa seruan ke arah mengembalikan pemerintahan Islam di Alam Melayu sebagai sesuatu yang janggal dan asing, mesti diperbetulkan. Kita telah mempunyai siri pengalaman yang panjang dan pembinaan masa hadapan tidak boleh mengenepikan aspek penting sejarah ini.
Di sana masih terdapat banyak riwayat yang penting lagi menarik tetapi tidak dicatatkan di sini memandangkan kesahihannya masih belum dapat ditentukan. Sebahagiannya berkisar kepada kebangkitan Islam di penjuru-penjuru Tanah Melayu semasa pemerintahan Inggeris dan sebahagian yang lain pula menyentuh tindak balas masyarakat Timur Tengah khususnya di ibu kota Ummah, Istanbul. Penulis mencadangkan agar pembaca dapat bersama mencari sebanyak mungkin cacatan berharga tersebut. Semoga pendedahan ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Gambar luar biasa Sultan Abdul Hamid II semasa dimaklumkan tentang perlucutan jawatan baginda sebagai Sultan
“I am sure that the historians will vindicate me, and even if the Turkish historians do not do so, I am certain that some foreign historians will do me justice” – Sultan Abdul Hamid II at Salonika.
Hasrizal Abdul Jamil
Universiti Mu’tah, Jordan 1996.
(Artikel ini telah diterbitkan oleh Majalah Suara Kampus Edisi Johor [SUKEJ], Kaherah, Jun 1996) versi pdf
-------------------------------------------------------------------------------
[1] Czaplika, M.A. (1918), The Turks of Central Asia, Oxford: Clarendon Press.
[2] Ozay, Mehmet (1992), Islamic Identity And Development, London: Rutledge, m.s. 23.
[3] Hurgronje, Snouck (1994), Kumpulan Karangan Snouck Hurgronje jilid IX, Jakarta: INIS.
[4] Fatimi, S.Q. (1963), Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysian Sociological Research Institute, m.s. 80-90.
[5] Ozay, Mehmet (1992), m.s. 24
[6] Fatimi, S.Q., m.s 81
[7] Hurgronje, Snouck (1906), The Achenese (2 Jilid), Leyden: Brill.
[8] Reid, Anthony (1969), The Contest of North Sumatra, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, m.s. 3
[9] Ibid, m.s 65 - 66
[10] Ibid, m.s. 119
[11] Wahid, Zainal Abidin (1980), Glimpse of Malaysian History, Kuala Lumpur: DBP, m.s. 38.
[12] Reid, Anthony (1969), ‘Indonesian Diplomacy: a documentary study of Atjehnese foreign policy in the reign of Sultan Mahmud 1870-1874’, Journal of the Malay Branch of the Royal Asiatic Society (JAMBRAS), jilid 42, bahagian 2, m.s. 121
[13] Landau, Jacob M (1994), ‘The Politics of Pan-Islam: Ideology and Organization, Oxford: Clarendon Press, m.s. 43
[14] Hurgronje, Snouck (1994), Kumpulan Karangan Snouck Hurgronje jilid IX, Jakarta: INIS, m.s 102.
[15] Lihat E. Kuran, Pan Islamizm’In Dogusu… m.s. 399 (dicatat oleh Mehmet Ozay)
[16] Landau, Jacob M (1994), m.s. 43
[17] Ozay, Mehmet (1992) m.s. 26-27
[18] Roff, William R. (1967), The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, fasal ke-3.
[19] Harper, R.W.E. dan Miller, Harry (1984) Singapore Mutiny, Singapore: Oxford University Press.
[20] Ozay, Mehmet (1992) m.s 27
[21] Za’ba (1939) ‘A History of Malay Literature XIV: modern developments’, Journal of the Malay Branch of The Royal Asiatic Society, December.
[22] Milner, A.C (1986), ‘ The Impact of the Turkish Revolution on Malaya, Archipel 31, Paris
[23] Ozay, Mehmet (1992) m.s 28
[24] Ibid m.s. 28. Lihat juga Milner, A.C. (1986) m.s 124 - 127
[25] Ibid.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Jul-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
WANITA DAN CINTA
Aibnu_shams Yaman Cinta adalah perasaaan yang dicampakkan oleh Allah s.w.t ke dalam hati semua manusia. Semua manusia samada tua atau remaja, kaya atau miskin, mulia atau hina pasti mempunyai perasaan untuk dicintai dan mencintai. Daripada cinta akan membenihkan perkahwinan dan seterusnya akan berkembang subur sehingga melahirkan satu masyarakat. Kekecewaan, kegembiraan, perpisahan, perkahwinan dan kematian sering dikaitkan dengan cinta.
Sesungguhnya cinta adalah satu perasaan yang kadangkala hadir tanpa diundang. Tapi apa yang sering terjadi, cinta sering disempitkan konsep dan perspektifnya. Rabiatul Adawiyah tenggelam dalam mahabbahnya yang dalam kepada Allah. Hamzah Fansuri, seorang tokoh Islam dari Acheh, juga ditenggelamkan oleh tasawwuf falsafah yang berlandaskan kepada teori Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibn 'Arabi. Ini juga cinta.
Cinta Rasulullah kepada Siti Khadijah r.a tidak sama seperti cintanya kepada Aisyah r.a. Siti Khadijah adalah lambang pengorbanan dan kesetiaan yang luhur. Abu Sufian menyatakan "Tidak aku jumpai seorang yang lebih mencintai seorang manusia selain Rasulullah." Fudhail bin Iyadh, yang asalnya merupakan seorang perompak, sanggup memanjat tembok yang tinggi demi kerana cintanya kepada kekasih beliau seorang jariah. Namun nun di tembok itu, beliau telah menemui HIDAYAH. Nur Aisyah Bukhari, seorang gadis bertudung dari Johor sanggup meninggalkan agamanya kerana cinta. Begitu juga Hartina Kamaruddin sanggup meminggirkan hubungan kekeluargaan dan agama. Juga kerana cinta, Mansor Adabi akhirnya mati akibat menanggung kesengsaraan setelah Natrah meninggalkan Singapura dan murtad.
Dr Burhanuddin al Helmi sanggup mengorbankan cinta dan perkahwinannya, memberikan kata dua kepada isterinya samada ingin terus menetap di Singapura atau mengikutnya ke Tanah Melayu apabila belia diamanahkan sebagai Yang Di Pertua Agong PAS. Jangan kerana cinta kita gugur. Jangan kerana cinta prinsip akan menjadi larut cair. Cinta tidak semesti akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta. Kecurangan akan meranapkan cinta. Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus dikekalkan.Kadang ketika cinta juga akan dikaitkan dengan perpisahan. Cinta kepada Allah, insan akan mengharapkan perpisahan.Mengapa ? Tidak lain hanyalah kerana ingin berjumpa cinta yang hakiki. Cinta yang kekal. Cinta yang agung. Cinta kepada makhluk, akan menggontaikan perasaan dan memumurkan impian serta harapan.Perpisahan dengan perjuangan juga hebat. Lebih meranapkan jiwa.
Bagaimana kita sanggup berehat, berhenti apatahlagi berpisah terus dari perjuangan sedangkan jiwa ummah hangat membakar perasaan. Perpisahan akan menjadi mulia dan manis jika perjuangan disusuri dengan keikhlasan dan penuh kecintaan kepada dasar dan prinsip perjuangan. Perpisahan malah akan menjadi manis jika ia dibina dari kerikil – kerikil cinta nan halus lalu berhimpun menjadi gerak kerja yang menguntungkan perjuangan Islam. Cinta sesama manusia yanan dengan perjuangan juga hebat. Lebih meranapkan jiwa.
Bagaimana kita sanggup berehat, berhenti apatahlagi berpisah terus dari perjuangan sedangkan jiwa ummah hangat membakar perasaan. Perpisahan akan menjadi mulia dan manis jika perjuangan disusuri dengan keikhlasan dan penuh kecintaan kepada dasar dan prinsip perjuangan. Perpisahan malah akan menjadi manis jika ia dibina dari kerikil – kerikil cinta nan halus lalu berhimpun menjadi gerak kerja yang menguntungkan perjuangan Islam.
Cinta sesama manusia yanan dengan perjuangan juga hebat. Lebih meranapkan jiwa. Bagaimana kita sanggup berehat, berhenti apatahlagi berpisah terus dari perjuangan sedangkan jiwa ummah hangat membakar perasaan. Perpisahan mereka berakhlak dengan akhlak Allah, beradab dengan adab Allah serta berada dalam pangkuan dan ribaan ajaranNya. Mereka hidup dalam memperingati dan bermunajat kepadaNya.
Menurut Profesor Madya Sulaiman Yasin, bagi menghasilkan cinta, penekanan mestilah diberikan kepda Tajribiyah Sufiyyah yang memusatkan perhatian kepada Tasfiyatul Qalb atau Tazkiyatul Nafs.Bagaimana kita mahu meningkatkan cinta kepada Allah dari peringkat cinta taa'bud kepada cinta al mahabbah. Sebelum kita bermujahadah, hendaklah diketahui alamat – alamat cinta kepada Allah.Menurut Ustaz Abdullah az Zubair Abdul Rahman dalam kitabnya Durus fi Tazkiyatul Nafs, alamat cinta kepada Allah ialah
1. Merindui pertemuan denganNya
2. Banyak mengingatiNya
3. Tunduk kepada perintahNya
4. Penerimaan total kepada kalamNya
5. Cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah
Wahai muslimah mukminan solehah, Takhalikan (kosongkan) dirimu dari terjerumus ke lembah maksiat, sikap bermain - main dengan perjuangan. Tahallikan (hiasi) dirimu dengan sifat sebenar sebagai seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan, jihad, kefahaman dan syahid.
Sedarlah.....hanya jiwa yang suci boleh menerima cinta ilahi. Hati yang diselaputi dosa akan menghalang sirna cinta kerana hati yang keras adalah bermula dari dosa yang banyak. Mungkin kalian bertanya, bagaimana untuk cinta kepada perjuangan dan Islam. Sebagai petunjuk dhaif dari penulis, orang yang baru menyelusuri jalan da'wah yang panjang ini. Kalian mestilah
1. Memahami hakikat dan tuntutan sebagai seorang muslimah harakiyyah
2. Tunduk dan patuh kepada dasar serta prinsip perjuangan
3. Merelakan diri ditarbiyyah
4. Mendahulukan perjuangan dan mengenepikan kepentingan peribadi walaupun terpaksa mengorbankan perasaan, cinta, tenaga dan nyawa
5. Menjauhkan diri dari terjebak ke dalam fitnah.
Malah adalah satu DOSA jika kerana kita Islam dan perjuangan difitnah. Ramai manusia sanggup menghambakan diri sesama manusia, tunduk kepada perintah manusia tapi teramat payah untuk mencari seorang wanita –hamba ('abd) yang sanggup memperhambakan dirinya kepada Islam dan perjuangan. Penulis bukan bermaksud agar para wanita terutamanya golongan terpelajar menyumbangkan diri sepenuh masa tapi apa yang dimaksudkan adalah menyumbangkan secibir dari masa yang ada untuk memikirkan mengenai ummah dan permasalahan mereka supaya nilai keintelektualan serta kehadiran mereka dapat dirasai oleh masyarakat dan tidak menjadi unsur yang terasing dan terpinggir.
Doktor Yusof al Qardhawi dalam bukunya Jil an Nasri al Mansyud berkata " Yang diharapkan dari seorang wanita ialah menjadi seorang ibu yang menggalakkan anaknya untuk syahid, seorang isteri yang meransang suaminya untuk berjihad, dan melakukan perngorbanan, seorang mukminah yang mewaqafkan diri dan usahanya untuk jalan Allah dan seorang wanita alim yang menghafaz al Quran dan Hadis serta melaksanakan apa yang dipelajari untuk Amr Ma'ruf Nahyu Munkar
Wahai wanita … Dr Mustaffa as Siba'I menyatakan dalam bukunya Hakaza 'Allamatni al Hayat " Jika kamu mahukan kegembiraan dalam kehidupan maka jagailah kesihatanmu. Jika kamu mahukan kebahagiaan di dunia maka jagailah akhlaqmu. Jika kamu mahu keberkekalan dalam kehidupan maka jagailah aqalmu. Dan sekiranya kamu dambakan semua ini maka jagailah AGAMAMU.
Wahai hamba yang bernama wanita…….sudah ramai yang terbabas kerana cinta. Kerana cinta manusia sanggup merempuh segala batasan – batasan agama. Budaya keseronokan, kemewahan, kegembiraan yang melampau dan cinta kepada budaya hedonistic barat telah mengalpakan umat islam.
Sedarkah kamu wahai para wanita…rentak yang kamu langkahi sekarang ini adalah sebenarnya penuh dengan pengait – pengait. Benarlah sabdaan Rasulullah " Sesungguhnya dunia akan diberikan kepada orang yang Dia cintai atau tidak.Tapi agama ( Ad Deen ) hanya akan diberikan kepada orang Dia Cintai". Lihat, betapa ramai beragama tapi agama itu tersudut dari kehidupan mereka. Berapa ramai yang bergelar Huffazul Quran tapi Al Quran itu tidak menembusi ke dalam dada – dada mereka, hanya sekadar terlekat dihalkum mereka.
Sebenarnya apa yang dipelajari hanyalah untuk melepasi peperiksaan universiti bukan untuk melepasi kemurkaan Allah. Yang menjadi matlamat adalah ijazah bukan mardhatillah. Inilah sebenarnya gambaran intelektual akhir zaman yang dilanda oleh penyakit Hubbu Dunia wa Karahiyatul Maut – Cintakan Dunia – Takutkan Kematian. Sesungguhnya cinta kepada dunia telah menyebabkan aqal menjadi raja dan sumber samawi menjadi hamba.
Wahai wanita yang juga diturunkan al Quran kepadamu………….Kalian pasti tidak sanggup meninggalkan apa yang kalian suka walaupun kalian tahu daerah yang kalian diami itu penuh dengan lelumpur, pekat hanyir, busuk dan memualkan. Walhal, kalian juga tahu nun di sana ada padang yang penuh kehijauan, dengan udara yang penuh kesegaran dan sungai yang mengalir penuh kedamaian.
Tapi………..Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang satu zaman, dimana umatku akan
1. Cinta kepada kehidupan lupa kepada kematian
2. Cinta kepada mahligai lupa kepada kubur
3. Cinta kepada harta lupa kepada hisab
4. Cinta kepada dunia lupa kepada akhirat
5. Cinta kepada makhluq lupa kepada Khaliq
As Syahid Sayyid Qutb, seorang penulis yang menyemarakkan semangat jihad dan perjuangan, selepas kematian As Syahid Hassan al Banna pada 1948, sanggup membatalkan pertunangan yang sudah terjalin dengan seorang gadis Kaherah apabila mengetahui bahawa si gadis pernah mencintai seorang lelaki sebelumnya. As Syahid mahukan cinta yang suci dan kudus. Cinta dari seorang wanita yang 'azaraul jasad wal qalb (dara jasad dan hati). Cintanya tidak kesampaian. Namun beliau telah memperolehi cinta yang hakiki. Sanggup gugur syahid demi membuktikan cinta beliau kepada jihad perjuangan. Malah kesyahidan beliau adalah merealisasikan tuntutan cinta yang sebenarnya.
Allahu Akhbar !!!! Anas r.a berkata sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda tiga golongan manusia yang akan mendapat halawatul Iman (Kemanisan Iman)
1. Golongan yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segalanya
2. Golongan yang tidak mencintai seseorang melainkan hanya kerana Allah
3. Golongan yang membenci untuk kembali kepada ke kufuran sebagaimana beliau benci untuk dilemparkan ke dalam neraka.
Riwayat Bukhari
Berkorban apa saja………harta ataupun nyawa…………itulah kasih mesra……..sejati dan mulia…..Begitulah mendayunya lirik, itulah rintihan yang sering bertamu dalam hati dua insan yang sedang bercinta.
Kala bercinta, hati hanya dibukakan kepada orang yang dicintai sahaja. Bila gelombang cinta berombak dengan besar, biar apa yang orang kata dan biar apa yang dilakukan bercanggah dengan syariah ilahiyyah serta adat, cinta tetap didahulukan. Begitu kekuasan cinta…..Bukit sanggup didaki, lautan sanggup direnangi agar memperolehi apa yang dihajati.
Percayakah kalian, walaupun sudah berkahwin, cinta masih boleh merungkaikan dan meleraikan ikatan perkahwinan yang telah dibina. Budaya kecurangan selepas perkahwinan yang berleluasa di kalangan masyarakat barat sekrang telah menular dengan deras dalam masyarakat Islam.
Walaupun setelah berkahwin, setelah aqad dilafazkan,kadangkala manusia tidak mampu menghapus kenangan lama, kenangan bersama insan yang gagal dinikahi. Kenangan cinta itu akan tetap diabadikan dan disematkan didalam hati sebagai sebuah nostalgia yang tidak mudah terhakis dan terhapus. Bila jiwa bergelora, kala kesunyian, kenangan silam akan bertandang menjengok. "Kau boleh menjamah sekujur tubuhku ini tapi hati dan cintaku telah ku berikan pada si dia". Inilah kekuatan cinta. Kerana kita adalah hamba yang punya sejuta kelemahan dan kenaifan maka kita tidak boleh membohongi realiti. Tapi realiti harus tahu bahawa ia harus tunduk kepada kuasa Tuhan.
Penulis pernah berjumpa dengan seorang perempuan yang sanggup mengorbankan cinta dan perkahwinanannya kerana suaminya tidak boleh menerima perjuangan yang beliau dokongi walaupun sudah sekian lama hidup bersama.Satu persoalan yang penulis ingin lontarkan di artikel ini, bagaimanakah kita memperolehi cinta ini ? Adakah sekadar menagih cinta murahan dari instrumen yang majaz? Cinta dari halaman chatting mneyentap ramai intelektual wanita. Wajar atau tidak dari segi hukum hakam agama, penulis tidak akan bahaskan dalam artikel ini.
Doktor Yusof al Qardhawi pernah menyatakan ketika beliau ditanya oleh seorang perempuan "Apakah hukum seorang perempuan yang sudah bersuami tapi masih menyintai lelaki yang lain?". Lantas jawab beliau, cinta ada dua. Cinta halal dan cinta haram. Cinta halal adalah cinta kepada suami dan cinta haram adalah cinta kepada yang lain. Proses cinta ini secara semulajadinya bermula dari lima peringkat
1. Melihat (Watching)
2. Senyum (Smiling)
3. Salam – Hai, assalamualaikum (Greeting)
4. Bercakap (Talking)
5. Membuat temu janji (Making a Date)
6. Berjumpa (Meeting)
Wahai wanita yang serapuh kaca hatinya………. Sebenarnya secara fitrah samada kafir atau beriman, walau apa pun jenis ideologi yang dianuti, manusia tetap mempunyai perasaan cinta. Cinta kepada Rabb.
Sezalim Firaun pun masih tetap mengakui kewujudan Tuhan. Sekomunis Lenin pun masih tetap mempercayai adanya Tuhan. Sedarilah wahai muslimah yang akan berjuang………..lakukan instropection (muhasabah) tehadap sikap kalian sebagai wanita gerakan islam. Ingatlah..kalian tidak boleh lari dari Ar Raqabah al Ilahiyyah (God's Surveillance). Sebelum penulis mengakhiri artikel yang dhaif ini, hayatilah sajak yang penulis nukilkan kepada wanita bercinta yang berada di dalam perjuangan.
Muslimah mujahidah rabbaniyyah.
Cinta kepada bunga, bunga akan layu.
Cinta kepada kumbang, kumbang akan melarikan diri.
Cinta kepada insan, insan akan menghancurkan hati anda.
Maka, Cintailah Allah,
KepadaNya cinta yang hakiki,
Sebelum kau mencintai makhluq cintailah Khaliqmu,
Wahai muslimah mujahidah,
Kala sepi keseorangan,Perasaan mesti bergelora,
Kerinduan hangat membara
[b]
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Jul-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
| Code: | Kasihnya Seorang Ayah....
|
Jurnal Seorang Anak
tazkirah hari Jumaat.. to those who
still have their father...untuk renungan bersama
Ayah aku baru meninggal 5/8/2003..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini
adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus
menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi bila meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar..kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka supaya mereka gembira. Kalau boleh aku mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis.
Syukur, abah menhembuskan nafas terakhir dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman.
Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat. Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat...dah selera makan.
Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad engenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.
Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring.Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah. Pertama kali naik van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari , pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirus air mawar...semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi.
Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....pipi kiri ....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.
Ya Allah..tuhan segala alam...aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong......setelah 36 tahun hidup bersama ayah......kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.Abah seorang pendiam...... sabar...dan alim....Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang sayang abah... cuma...dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang....seringkali tidur di peha mak hingga ke hari ini.
Kelmarin aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah catat..18 February..Shairizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat Shairizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......
Abah catat Kak Se keguguran.....Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue.... Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain
ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampong abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru.....catatan terakhir yang abah tulis "Hati orang beriman sentiasa ingat kubur" ...abah gariskan perkataan ingat kubur ...dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.
Ya ALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb.tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.
Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami...."Kubur ayah dikorek...pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."
"Abah kamu wajahnya senyum jer walau pun dah meninggal" "Abah kamu
waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun
takder"...perkara itulah menyedapkan hati kami....untuk jadi seperti
abah....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.... "Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........
Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....
Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku...Talkin buat abah masih segar..."Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kimata itu benar, Allah itu benar" dan kita yang hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami menanggung dosa isteri dan anak- anak.....isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..
Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar.....cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung. Tunjukkan.
Al-fatihah....
Wassalam
Note: sayangilah ibu dan ayah kita....sebelum terlambat ..."
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Jul-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
12 Sifat sahabat sejati yang anda perlu tahu..
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas baik persahabatanmu itu..
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu..
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik..
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu..
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya..
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya..
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu..
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)..
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu..
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu..
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. .
"Kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis sukar untuk dicari.."
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-Jul-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bola Sepak membuat orang lupa pada perkejaan lain.
|
|
writes "‘EURO2004’ yang berlangsung di Portugal sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh dunia termasuk juga di Rantau Asean Malaysia,Indonesia,Thailand,Singapura,Brunai dan Negara Lain nya. Nama seperti David Beckham, Micheal Owen dan beberapa pemain handalan dunia antara personaliti yang menjadi idola bagi mempersembahkan aksi-aksi yang hebat peminat-peminat mereka di seluruh dunia.
Jika kita lihat pada waktunya, ia akan bermula pada jam 2.45 pagi waktu rantau Asia Tenggara (Asean). Lazimnya pada waktu tersebut kebanyakan dari kita sedang tidur dan dibuai dengan mimpi yang indah. Namun terdapat segelintir daripada kita yang begitu meminati sukan ini terus berjaga pada ketika ini demi menyaksikan satu perlawanan bola sepak dan aksi-aksi yang hebat dari idola dan pasukan yang mereka minati.
Tidak salah menyaksikan pertandingan ini. Tidak salah juga kita bersengkang mata untuk melihat aksi-aksi yang menarik dari pemain-pemain ini. Namun dari sudut yang tersirat dan perspektif yang lain, sesetengah dari kita begitu kuat bertenaga untuk berjaga dan bersengkang mata pada ketika itu tetapi kita kalah dan tidak bermaya untuk bangun bertahajjud di tengah malam. Sabda Rasulullah saw yang maksudnya:
"Apabila seseorang itu bangun bertahajjud ditengah malam ia tidak akan mati selagi nama tidak tertulis di pintu syurga”
“Dua rakaat yang dikerja oleh hamba pada waktu tengah malam, adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya aku wajibkan kedua rakaat itu ke atas mereka.”
Namun ganjaran dan saranan dari Rasulullah itu tidak sedikit pun berjaya menggegarkan dan mengetuk pintu hati kita. Keadaan menjadi lebih teruk apabila kita terus tidur selepas itu dan meninggalkan solat subuh. Wajarkah kita mengorbankan satu kewajipan perintah Allah SWT semata-mata untuk melihat orang bermain bola ?. Ingatlah, satu fardhu sembahyang jika ditinggalkan, maka namanya akan dicatat oleh Allah di pintu neraka sebagai ahli neraka, demikian maksud sebuah hadis. Dan lagi di akhirat nanti, jika sembahyang kita tidak sempurna, tidak cukup, ada yang ditinggalkan, maka semua amalan yang lainnya tidak akan dikira oleh Allah SWT.
Sembahyang itu tiang agama, siapa yang meninggalkan sembahyang, maka dia meruntuhkan agamanya. Apabila seseorang itu berjaga sepanjang malam untuk menonton perlawanan bola sepak, maka ia telah mengorbankan waktu tidur atau waktu rehat yang dikurniakan kepadanya. Ekoran daripada itu pada keesokan harinya, ia akan menjadi lemah tidak bermaya, lesu, perasaan mengantuk menguasai dirinya. Jika ia seorang pekerja, tahap pencapaian kerjanya akan menurun. Jika ia seorang pelajar, ia akan tertidur dalam kelas atau kuliahnya.
Slogan ‘Hidup Bola, Makan Bola, Minum Bola’, ‘asyik ingatkan bola’ yang dibawa oleh media tempatan juga menggambarkan sesuatu yang tidak boleh dipraktikkan. Wajarkah kita memimpin diri kita, membawa haluan diri kita ke arah hidup cara sedemikian ?. Sudah tentu ia menyimpang dari cara kehidupan Islam yang sebenarnya. Wajarkah kita asyik mengingatkan bola sahaja ?. Dalam Al-Quran Allah telah berfirman kepada kita tentang keutamaan ingat atau zikir kepada Allah:
“…….. dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”
(Ali-‘Imran : 41)
Bukan tidak boleh menonton bola, bukan tidak boleh memikir hal-hal lain, tetapi fikirlah sesuatu yang lebih berfaedah yang boleh memberi manafaat kepada diri kita dan kehidupan kita. Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari ingat dan memikir sesuatu yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai pekerja sudah tentu kita akan memikir tentang hal kerja kita, sebagai pelajar pula, semestinya kita akan memikir dan memberi tumpuan kepada pelajaran kita. Tapi kalau slogan ‘hidup bola, ingat bola’ seperti di atas menjadi pegangan hidup kita, ia menampakkan ketidak matangnya pemikiran kita.
Sebagai umat Islam ada pendapat ulama menyatakan tentang kehidupan yang diutamakan iaitu akhirat dijunjung manakala dunia ini hanya dijinjing. Jangan pula menjunjung dunia dan memandang hal-hal akhirat sewenang-wenangnya. Kita juga percaya ada kehidupan yang lebih sempurna di akhirat nanti, kehidupan yang kekal abadi yang tiada akhirnya. Jadi sementara kita di dunia ini, merupakan satu laluan atau tempat untuk mengumpulkan bekalan sebanyak mungkin untuk kehidupan akhirat. Kita juga dituntut mencari kebahagiaan dan kekayaan di bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”. (Al-Jumu’ah: 10) Ada tatacaranya untuk kita mencari kebahagiaan dan kepuasan di dunia ini. Janganlah kita mengorbankan tanggungjawab kita terhadap Allah hanya kerana untuk mencari kepuasan duniawi. Tunaikanlah kewajipan kita terhadap Allah dan Rasulnya. Semoga kita tidak tergolong didalam golongan mereka yang rugi. Kenikmatan yang diperolehi di dunia tidak sehebat manapun, tetapi di akhirat nanti tergolong dalam golongan yang celaka !!!! Na’uzubillah. Hayatilah firman Allah yang bermaksud : “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran ”. (Al-‘Ashr : 1-3)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Jul-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Cara Menggemukkan Badan
Berdasarkan proporsi Berat Badan / BB terhadap Tinggi Badan / TB, maka status gizi Anda tergolong kurus, BB normal anda seharusnya antara 54-62 kg, dengan BB ideal sekitar 58 kg
1. Status / keadaan gizi pada dasarnya merupakan keseimbangan antara masukan energi dan pemakaiannya. Apabila dalam keseimbangan normal, maka keadaan gizi akan normal pula. Ada 2 penyebab utama keadaan kurus, yaitu:
a. Makanan sehari-hari jumlahnya tidak sesuai kebutuhan tubuh (aktivitas Anda tinggi bukan?)
b. Adanya gangguan pada tubuh yang menyebabkan terganggunya proses penyerapan zat gizi, penggunaan zat gizi, dll.
2. Pertama-tama sebetulnya Anda harus diperiksa untuk menentukan bahwa sedang menderita salah satu penyakit kronis tertentu. Pemeriksaan itu antara lain juga mencakup pemeriksaan laboratorium.
3. Jika tidak memiliki penyakit, saya anjurkan untuk makan teratur 3 kali sehari, disertai selingan snack kira-kira pada jam 10.00 dan jam 16.00.
4. Olah raga secara teratur sangat dianjurkan, lebih baik lagi jika Anda bergabung dengan pusat kebugaran. Fungsi olah raga ini, terutama untuk merangsang pusat keseimbangan energi di otak.
5. Kebutuhan kalori dengan aktivitas Anda yang padat perhari berkisar 1600 kalori. Silahkan mencoba menu yang sesuai dengan jumlah tersebut... (TR)
Berdasarkan proporsi Berat Badan(BB) terhadap Tinggi Badan(TB), maka status gizi Anda tergolong kurus, BB normal Anda seharusnya antara 50 - 62 kg, dengan BB ideal 56 kg.
Status / keadaan gizi pada dasarnya merupakan keseimbangan antara masukan energi dan pemakaiannya. Apabila dalam keseimbangan normal, maka keadaan gizi akan normal pula.
Ada 2 penyebab utama keadaan gizi kurang / kurus, yaitu :
a. Makanan sehari-hari jumlahnya tidak sesuai kebutuhan tubuh atau
b. Adanya gangguan pada tubuh yang menyebabkan terganggunya proses penyerapan zat gizi, penggunaan zat gizi, dll. Inilah perlunya Anda memeriksakan diri untuk mencari adakah penyakit kronis yang menyertai.
Olah raga secara teratur sangat dianjurkan. Fungsi olah raga ini, terutama untuk merangsang pusat keseimbangan energi di otak.
Kebutuhan kalori Bapak perhari berkisar 1900 kalori.
Contoh menu 1900 kalori :
Pagi : Nasi 100 gram
Lauk hewani 50 gram ( contoh telur mata sapi )
Teh manis 1 gelas
Jam 10.00 : Snack bubur kacang hijau
Siang : Nasi 200 gram
Lauk hewani 50 gram ( contoh ayam goreng )
Lauk nabati 50 gram ( contoh tempe/tahu goreng )
Sayuran 1 gelas
Buah 100 gram
Jam 16.00 : Snack agar-agar
Malam : Nasi 150 gram
Lauk hewani 50 gram ( contoh ayam goreng )
Sayuran 1 gelas
Buah 100 gram
Efek Samping Obat Penambah Berat Badan
Obat-obatan penambah berat badan atau jenis lainnya kadang-kadang belum melalui uji klinis yang disyaratkan oleh Departemen Kesehatan. Oleh karena itu diharapkan lain kali lebih berhati-hati atau dengan mengecek apakah terdapat nomor register dari Departemen Kesehatan. Efek samping dari obat-obat tersebut belum diketahui dan mungkin saja ada. Efek samping yang ditimbulkan mungkin berbeda-beda tiap orang oleh karena belum diketahui bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Seperti pada anda yang memberikan reaksi jerawatan. Orang lain mungkin memberikan efek yang berbeda.
Apabila sudah dua bulan yang lalu anda terakhir minum obat, ada kemungkinan bahwa efeknya sudah tidak ada lagi. Sehingga buang air besar anda saat ini mungkin tidak ada hubungannya.
Melihat frekuensi BAB anda, mungkin normal tergantung dari frekuensi dan jumlah makanan yang anda makan tiap hari. Apabila tidak ada tanda-tanda lain seperti kotoran yang encer, bau busuk dan disertai rasa sakit perut atau nyeri pada anus mungkin anda memang terkena penyakit infeksi pada usus, maka bisa dikatakan bahwa BAB anda masih normal. Untuk lebih meyakinkan anda dapat berkonsultasi langsung dengan dokter anda.
Mulai sekarang sebaiknya lebih berhati-hati lagi dalam penggunaan obat-obatan yang dijual bebas dan konsultasikan dengan dokter anda. (TR)
|
|
|
|
|